Tarikh : 12 Mac 2025
Masa : 12.00 – 1.30 tengahari
Tempat : Dewan Tekam Bestari
Buku Program : https://anyflip.com/hkwmt/ewqc

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda (PEMUDA) bagi tahun 2025 telah dirasmikan oleh Insp. Hazaimy bin. A. Aziz, Cawangan Jenayah IPD Jerantut Pegawai Perhubungan Sekolah, SMKPPPTR.
Barisan PEMUDA SMKPPPTR terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Duta Sahsiah, Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas SPBT. Para PEMUDA ini merupakan badan khidmat sokongan sekolah dan peranan mereka adalah dalam memastikan peraturan sekolah dipatuhi, membimbing rakan pelajar yang lain dan juga membantu guru dalam pelbagai program sekolah.
Diharapkan dengan pelantikan ini semua PEMUDA dapat menjalankan amanah yang diberi dengan penuh tanggungjawab. Dan berikut merupakan gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung.






