SMKPPPTR – Seramai 44 orang pelajar Tingkatan 1 mendaftar asrama di Dewan Tekam Bestari. Proses pendaftaran dimulai dengan taklimat oleh GPK HEM, Puan Hjh Azida binti Abu Kasim dan diikuti oleh pesanan Tuan Pengetua, En Mohamad Fauzi bin Yaakob. Selepas proses pendaftaran dijalankan mengikut kelas masing-masing. Selepas itu pelajar dan ibubapa bergerak ke Koperasi sekolah untuk membeli peralatan seperti alat tulis, baju sukan dan peralatan asrama yang lain. Setelah itu pelajar bergerak ke blok asrama untuk mendaftar di bilik asrama masing-masing. Majlis tamat pada jam 12.00 tengahari.



