
Hari Tanda Kasih Pertengahan Sesi Akademik 2025/2026 SMK PPP Tun Razak telah dilangsungkan dengan jayanya pada 11 Julai 2025 bersamaan dengan hari Jumaat. Hari Tanda Kasih bermula pada jam 10 pagi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang menyempatkan waktu untuk hadir pada Hari Tanda Kasih PPT tahun 2025. Semoga dengan keprihatinan yang diberikan oleh ibu bapa dapat menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak SMK PPP Tun Razak. Gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung boleh dilihat di lampiran di bawah.









