
Pada 16 Jun hingga 20 Jun 2025, SMKPPP Tun Razak telah melangsungkan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-23. Pelbagai acara padang dan balapan yang dipertandingkan sepanjang kejohanan berlangsung. Kejohanan berlangsung dengan sangat meriah dengan melihat bakat dan kebolehanan pelajar di atas padang.
Pada kejohanan kali ini, rumah Anggerik telah dinobatkan sebagai juara. Senarai turutan rumah sukan boleh dilihat di lampiran di bawah.
Muhammad Zharfan bin Ahmad Zuraidi dari rumah Cempaka telah diangkat sebagai Olahragawan bagi kategori Lelaki Bawah 18 tahun dengan memungut sebanyak 4 Emas dan 1 Perak. Olahragawati kategori Perempuan Bawah 18 tahun pula disandang oleh atlet dari rumah Dahlia, Nur Syazwani Syafiqah Binti Mohd Faizal dengan pungutan pigat sebanyak 3 Emas 1 Perak. Putera Danish Syahin Bin Sukhami, atlet dari rumah Cempaka juga telah diumumkan sebagai olahragawan bagi kategori Lelaki Bawah 15 Tahun dengan pungutan pingat sebanyak 5 Emas. Olahragawati Kategori Bawah 15 Tahun pula telah disandang oleh Wan Afrina Dania Binti Wan Amir Kiram yang merupakan atlet dari rumah Bakawali dengan berjaya memungut 4 Emas dari 5 acara yang disertai.
Gambar-gambar sepanjang kejohanan berlangsung boleh dilihat pada lampiran berikut:


