SMKPPPTR | 27 Feb 2025
SMKPPPTR telah menjadi tuan rumah bagi Acara Merentas Desa Peringkat Daerah Jerantut pada tahun ini. Beberapa kategori telah di pertandingkan iaitu Perempuan Bawah 12, Lelaki Bawah 12, Perempuan Bawah 15, Lelaki Bawah 15, Perempuan Bawah 18 dan Lelaki Bawah 18 tahun. Turut juga dipertandingkan ialah Pelajar Pendidikan Khas mengikut kategori yang di tetapkan. Acara bermula dengan aktiviti pemanas badan iaitu senamrobik. Acara merentas desa dimulakan pada jam 8.30 pagi iaitu dimulai dengan kategori Perempuan Bawah 12. Semua larian telah tamat pada pukul 11.15 pagi.
#petra #smkppptr #juaramilikkita







