23 APRIL 25 | RABU

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Perhubungan Daerah Jerantut telah menganjurkan satu bengkel iaitu Bengkel Penataran dan Penulisan Buku Log PPIM bagi tahun 2025. Bengkel ini dilaksanakan pada 23 April 2025 bertempat di SMK Temin bermula pada jam 8 pagi.
Seramai dua orang pelajar PPIM wakil dari SMKPPPTR menyertai bengkel ini dengan diiringi seorang guru pengiring. Bengkel ini bertujuan untuk menunjukkan dan mempraktikkan cara penulisan buku log PPIM dengan cara dan format yang betul sebelum dihantar untuk dinilai di peringkat daerah.
Antara gambar-gambar sewaktu majlis berlangsung adalah seperti berikut


